CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 29 Julai 2010

TAHUKAH ANDA BAHAWA......(PART 1)

1) TANGAN PALSU....???
Pada tahun 1551, Abrose Par yang berbangsa Perancis telah mencipta tangan palsu yang lengkap dengan jari-jemari yang digerakkan oleh cogwheels dan tuil. Tangan palsu ciptaannya itu sangat berkesan sehinggakan seorang askar pasukan berkuda dapat menggenggam tali kekang kudanya dengan baik.

2) JUAL ANAK?????
Pada kurun ke-6 M, seorang penggubal perundangan Athens yang bernama Solon telah meluluskan suatu undang-undang yang membenarkan pihak bapa menjual anak-anak perempuan mereka yang berzina sebagai hamba abdi.

3) HEBATNYA SANG HELANG!!
Seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.

4) ARUS TERBALIK???
Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sungai Mississippi mengalir ke belakang.

5) BULU MATA...
Sehelai bulu mata boleh bertahan lebih kurang 5 bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.

6) NAMA BULAN...
Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman, kecuali bulan-bulan yang berada di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

7) ABJAD
Semua abjad-abjad utama di dunia ini telah dikembangkan daripada satu abjad yang dicipta 3600 tahun dahulu di Timur Tengah. Ia dikenali sebagai Abjad Semitik Utara.

8) PANJANG UMUR...
Aligator boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

9) SILAP TAFSIRAN...
Sungguhpun nama Argentina bermakna 'Bumi Perak' (argent bererti perak), sebenarnya terdapat sedikit sahaja perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat kesilapan para penjelajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

10) MATAHARI...
Bahagian tengah matahari mempunyai ketumpatan lebih beratus-ratus kali air dan suhu yang mencecah 10 hingga 20 juta celcius.

FAKTA MENARIK TENTANG GAJAH.....

1) Seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh 5km darinya.

2) Gajah boleh membawa sehingga 7.5 liter air di dalam belalainya.

3) Seekor gajah boleh makan sehingga 225kg rumput kering dan 225 air dalam sehari. WOW!!!

4) Belalai gajah mengandungi lebih daripada 50000 otot-otot. Banyak tuuu!!!!

5) Sesetengah masyarakat kampung di selatan tanah air menggelar gajah dengan nama 'Orang Kuat'. Mereka takut untuk menyebut perkataan 'gajah' kerana bimbang haiwan itu dapat mendengarnya & aka datang ke tempat itu, kemudian menyerang orang yang menyebut perkataan gajah tadi.

Selasa, 27 Julai 2010

APA NAK JADI????

Baru-baru ni saya ada dengar berita daripada mak saudara saya mengatakan bahawa di Simunjan ada seorang ustaz yang bertindak membogelkan pelajar-pelajarnya hanya kerana tidak dapat menghafaz surah dalam Al-Quran seperti yang diarahkannya.. Apa nak jadi ni??? Adakah perwatakan seorang ustaz sebegitu rupa??? Lebih teruk lagi, dubur pelajar lelaki dicucuk dengan lidi penyapu manakala kemaluan pelajar perempuan diraba.. Astaghfirullah.. Adakah perlakuan seorang ustaz yang mendidik dan mengajarkan ilmu agama sebegitu rupa? Amat memalukan!!!

Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah benar ini berlaku... Jadi. untuk mencari kepastian, saya mencari di dalam arkib salah sebuah akhbar tempatan untuk mencari kesahihan peristiwa ini.. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat ianya benar-benar ada dan benar-benar terjadi... tak disangka sama sekali di kawasan seperti itu turut berlaku perkara seperti ini.... Tapi, dalam dunia kini, segalanya mungkin terjadi.....

Apa yang mendorong ustaz tersebut bertindak demikian??? Saya jadi tertanya-tanya dan ingin tahu siapakah orang yang tergamak melakukan perbuatan itu.... Mungkin kerana Simunjan merupakan kawasan yang agak terpencil, ustaz tersebut berkira bahawa dia boleh berbuat sesuka hatinya terhadap anak muridnya... Semoga apa yang berlaku akan kita jadikan iktibar... Buat guru-guru dan bakal guru, sayangilah anak murid anda dan didiklah mereka seperti anak anda sendiri....

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2010

Sekali lagi Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa akan diadakan pada 27 julai hingga 3 Ogos ni... Jadi, apa tunggu lagi?? Marilah sama-sama kita saksikan siapakah yang akan menggenggam gelaran Johan Qari dan Qariah peringkat antarabangsa pada tahun ini.

Apa yang menarik untuk tilawah pada kali ini, 4 negara baru akan turut menyertainya buat pertama kali. Persaingan sudah pasti semakin sengit... Disamping menantikan siapakah yang akan bergelar juara, sama-samalah kita hayati alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang akan diperdengarkan oleh Qari dan Qariah yang mewakili negara masing-masing. Tidak cukup sekadar mendengar, kita hayati segala isi kandungan ayat-ayat suci yang dilafazkan dan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya...

Buat wakil negara kita, selamat berjuang dan selamat maju jaya diucapkan. Doa kami rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan anda... Bittaufiq wannajah....

IMAM MUDA......

Alhamdulillah..sekarang ni dah ada program macam Imam Muda ditayangkan kat tv. Banyak ilmu yang dapat diperoleh dari program ni.... Semua calon Imam Muda memang mengagumkan. Dalam ramai-ramai org-org muda yang dah kita tau kebanyakannya dah rosak akhlaknya, dapat juga kita mencari beberapa permata yang boleh menjadi pemimpin dan pembimbing bagi golongan muda masa kini.

Apa yang lebih mengagumkan, ada juga golongan remaja yang terpilih sebagai calon imam muda contohnya Imam Muda Syakir dan Imam Muda Azhar... Program ni sangat banyak membantu kita untuk menimba ilmu sebab setiap kali ditayangkan, akan ada ilmu baharu yang akan diberitahu..

30 Julai 2010.... Kemuncak Imam Muda... Kita nantikan siapakah yang akan bergelar Imam Muda Malaysia yang pertama.. Antara Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur...Suatu pencarian dalam sebuah perjalanan kehidupan akan terjawab JUMAAT ini...