CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 20 April 2009

BAHAYA..

Takut mati di gereja

Jenazah lelaki HIV muslim diurus seperti orang bukan Islam.

"BILA dapat tahu saya dijangkiti HIV positif, saya nekad untuk menjalani hidup dengan lebih positif dan mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ke mana harus saya tuju?

"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja," cerita Latif Osman, 40-an, (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Latif dan tujuh rakannya yang baru dua bulan ditempatkan di Baitul Fiqh, Subang, Selangor begitu lega kerana kini dia tidak lagi perlu menghuni rumah perlindungan kelolaan sebuah gereja di Selangor.Untuk maklumat, selama ini hampir semua rumah perlindungan HIV yang dikelolakan pertubuhan bukan kerajaan atau pihak persendirian beragama Islam dikhususkan untuk pesakit HIV/ AIDS wanita.

Latif nekad untuk keluar dari rumah perlindungan sebelum ini selepas melihat seorang rakannya meninggal dunia akibat penyakit tibi. "Jenazahnya yang tidak dituntut oleh keluarganya telah diuruskan mengikut cara Kristian sedangkan dia seorang muslim," cerita Latif.

Menurut Latif, Baitul Fiqh pada asalnya ialah rumah perlindungan untuk bayi-bayi yang dibuang oleh ibu mereka namun terpaksa menerima pesakit HIV memandangkan tiada rumah perlindungan khusus yang sanggup menerima mereka.

"Memang ada banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan oleh gereja Katolik sedangkan ramai pesakit ialah orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

"Saya percaya ramai lagi rakan-rakan sebangsa saya yang ingin keluar dari rumah perlindungan tersebut namun tiada tempat yang boleh dituju. Hendak balik kampung, keluarga sudah membuang mereka," ujarnya.

Latif yang sudah 18 kali keluar masuk penjara dan pusat pemulihan dadah berkata, pesakit HIV memang tidak boleh lari daripada stigma negatif masyarakat, namun mereka perlu tetap pendirian jika benar-benar ingin berubah.

"Kami tidak boleh menyalahkan masyarakat. Namun kami juga mahu masyarakat faham bahawa kami mahu bertaubat dan menjalani kehidupan normal," ujar anak kelahiran Kuala Selangor ini yang mula menyuntik dadah ke tubuhnya ketika berusia 18 tahun.

Seorang lagi pesakit HIV, Mashud Jamil, 35, (bukan nama sebenar), berkata, dianggarkan beribu-ribu pesakit HIV muslim bakal kehilangan pedoman jika mereka tidak dikeluarkan segera dari rumah perlindungan Katolik berkenaan.

"Rumah perlindungan Katolik berkenaan sangat prihatin dengan nasib pesakit HIV yang tiada keluarga dan merempat di kaki lima dengan menyediakan rumah perlindungan, makan minum dan ubat-ubatan.

"Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang selesa bagi pesakit muslim ialah tiada pengisian agama dan kami tidak bebas untuk melakukan ibadah seperti bersolat dan mengaji," katanya yang pernah tinggal di rumah perlindungan Katolik di Melaka beberapa tahun lalu.

Jelas Mashud, kebanyakan rumah perlindungan ini tidak memaksa mereka untuk menukar agama tetapi jika pesakit dalam keadaan nazak, pihak pengurusan akan berdampingan dengan pesakit sehingga akhir hayatnya.

Bagi Mashud, itu adalah fasa yang menggerunkan kerana walau seteruk mana pun perjalanan hidupnya, dia masih mahu mati sebagai seorang Islam.

Selamatkan akidah mereka – Juhaidi

MENURUT Yang Dipertua, Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, di sekitar Lembah Klang sahaja, terdapat kira-kira 3,000 penghidap HIV yang dilaporkan masih aktif mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Saya percaya 65 peratus daripadanya ialah pesakit muslim. Pada masa ini mereka ditempatkan di rumah perlindungan Katolik memandangkan pertubuhan itu saja yang sanggup menerima dan menguruskan pesakit-pesakit ini.

“Apa yang membimbangkan ialah pengurusan dan pengisian di sana. Menurut penghuni sendiri, ada sesetengah rumah perlindungan memaksa mereka menukar agama jika mahu terus tinggal di situ,” katanya.

Tambah Juhaidi, memang wujud kes jenazah pesakit muslim yang tidak dituntut diuruskan pihak gereja mengikut cara Kristian.

“Ketiadaan rumah perlindungan untuk golongan itu bukan perkara remeh. Ia melibatkan soal agama dan kesihatan.

“Saya gesa pihak berkuasa seperti majlis agama Islam segera bertindak,” katanya.

Setakat ini, Baitul Fiqh menempatkan lapan penghidap HIV muslim. Bagaimanapun tiga daripada mereka telah meninggal dunia.

Anak paderi peluk Islam

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Bacalah dan Renungkanlah. ...
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja
di satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat.. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah
rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada
kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan
sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari
kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam
yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam
yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4
saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran
Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
m eny ebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya
kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan
Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas
ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya
bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezal ima n dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan
- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz
itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang
saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh
Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di
Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak.
saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya
dunia dan akhirat.
Walaupun ayah m eny ambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7
tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan
ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad
Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya
menganut Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya
bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu...
Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri m eny ulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum musl ima h, pura-pura
belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..purapura
......dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

Sabtu, 18 April 2009

Ganjaran RM10 000 untuk dapatkan rasul palsu, Haji Kahar..apa pendapat anda?

KUALA LUMPUR: Tercabar dengan tindakan kurang ajar `Rasul Melayu’ menggunakan pengikut taksub mengedar surat terbuka menuntut lima pertuduhan menyebarkan ajar sesat terhadapnya digugurkan tanpa sebarang syarat, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua kumpulan itu.

Ini berikutan Ketua Ajaran Sesat Haji Kahar itu sudah dikategorikan sebagai pesalah jenayah syariah paling dikehendaki di Selangor selepas lebih 10 waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Gambar penjenayah paling dikehendaki itu bakal menjadi senjata terkini Jais untuk memburu ketua ajaran sesat itu, Abdul Kahar Ahmad Jalal yang kini dipercayai sudah menukar penampilannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Walaupun gagal dikesan dan tidak menghadiri perbicaraan di mahkamah sejak beberapa tahun lalu, dia masih mencabar kewibawaan pihak berkuasa agama itu apabila menghantar pengikut tegar bagi mengedarkan surat terbuka di pejabat Jais, baru-baru ini.

Pemuda Palestin ditembak

RAMALLAH - Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh anggota-anggota pihak berkuasa Israel semalam dalam satu tunjuk perasaan di Tebing Barat, kata seorang jurucakap tentera.

Pemuda itu, Bassam Ibrahim, 30, meninggal dunia di Hospital Ramallah akibat kecederaan teruk yang dialami selepas ditembak ketika menyertai tunjuk perasaan dekat Bilin.

Jurucakap tentera Israel itu menyatakan pengawal sempadan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah kepada 100 orang kumpulan tunjuk perasaan yang hanya membaling batu ke arah mereka.

Menurutnya, pihak tentera memberitahu bahawa pemuda Palestin berusia 30 tahun itu meninggal dunia di Ramallah.

Beliau berkata, satu siasatan bersama antara kerajaan Zionis dengan Palestin akan dilakukan bagi mengetahui punca kejadian sebenar kematiannya.

Pergerakan Solidariti Penyokong Palestin Antarabangsa berkata, pemuda itu maut ditembak dengan gas pemedih mata dan menjadi orang ke-18 yang maut berikutan tunjuk perasaan menentang pembinaan Tembok Pemisah.

Rakyat Palestin dan aktivis asing yang sering melakukan bantahan di Bilin berdekatan Nilin menentang pembinaan tembok sempadan dan hanya bertindak membaling batu kepada tentera rejim Zionis yang menggunakan gas pemedih dan peluru getah.

Soal siasat kejam era Bush


Gambar menunjukkan petugas soal siasat mencurah air ke muka tahanan yang diikat.

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mendedahkan cara soal siasat kejam yang dilakukan ketika George W. Bush berkuasa.

Antara soal siasat kejam itu adalah seperti menutup mata tahanan, kaki dirantai dan diterbang ke pusat-pusat penyiasatan secara rahsia.

Bangunan yang menjadi lokasi siasatan itu sunyi sepi dan tahanan-tahanan dibogel dan gambar mereka dirakam selain janggut mereka dicukur.

Bagaimanapun, jika tahanan-tahanan itu enggan bekerjasama, cara soal siasat ketika era Bush akan ditingkatkan.

Beberapa tahanan menjadi saksi kepada proses itu yang direka untuk mendapatkan maklumat daripada suspek selepas serangan pengganas berlaku pada 11 September 2001 di AS.

Bush berundur menjadi Presiden pada 20 Januari lalu dan digantikan oleh Obama.

Teknik siasatan kejam itu dilakukan oleh anggota-anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan membiarkan tahanan tidur dalam keadaan bogel.

Pakaian dan makanan akan diberikan kepada tahanan yang memberikan kerjasama.

Menampar tahanan di muka dan perut adalah dibenarkan.

Turut dibenarkan adalah memegang tahanan dengan kasar di bahagian kolar dan menghantukkan mereka ke dinding.

Hos air digunakan untuk 'melemaskan' seketika tahanan selama beberapa minit.

Terdapat teknik psikologi yang lebih kejam tetapi tidak digunakan didedahkan oleh Jabatan Pertahanan AS di bawah pentadbiran Obama.

Kaedah itu adalah dengan menunjukkan tahanan sebuah kotak yang mengandungi ulat bulu.

Namun, Obama menyatakan beliau memberi jaminan bahawa anggota-anggota kerajaan yang terlibat dalam soal siasat itu tidak akan didakwa. - Agensi

*petikan kosmo

Serunding babi pakai logo halal?



Petikan dari Kosmo.

JAKARTA - Berikutan penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada daging babi di pasaran, seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, pelancong Malaysia terutama yang beragama Islam perlu lebih berhati-hati.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (polymerase chain reaction),'' kata Ketua BPOM, Husniah Rubiana Thamrin, seperti dipetik akhbar tempatan, Republika, semalam.

Jenama-jenama itu ialah:

Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram.

Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran sebuah syarikat fiktif/palsu)

Abon/dendeng sapi asli cap A.C.C.

Dendeng sapi istimewa merek Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)

Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah berkata, satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda 'halal' yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) manakala pengeluar lain pula menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Tidak dapat dipastikan sama ada produk itu telah dieksport ke Malaysia secara besar-besaran tetapi di kalangan pelancong Malaysia, serunding dan daging salai tempatan memang digemari untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. - Bernama

MPI UNIMAS





MPI UNIMAS telah diadakan di UNIMAS dan IPGM KBL adalah tetamu jemputan yang dijemput bagi memeriahkan perasmian MPI UNIMAS pada kali ini.

Pengenalan terhadap ESQ



Seminar Pengenalan terhadap ESQ 2009 telah diadakan di Islamic Information Centre, Kuching. IIC terletak berhampiran dengan IPGM KBL dan telah dirasmikan pada tahun 2008.

Maulidur Rasul 2009






Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPGM Kampus Batu Lintang diadakan di Masjid Al-Muallimin dan Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Majlis bermula dengan perarakan warga IPGM KBL yang bermula dari masjid menuju ke auditorium. seterusnya, berlangsungnya forum dan jamuan makan tengahari diadakan di Masjid Al-Muallimin.

Wanita itu ibarat pokok semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

MUTTHQ 2008








MUTTHQ ( Majlis Ujian tilawah, tafsir, hafazan Quran)pada tahun lepas diadakan di Inst. Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang. Bagi setiap bahagian, setiap IPGM harus menghantar 2 wakil (1 lelaki, 1 perempuan). pertandingan ini diadakan bagi institut2 pendidikan guru seluruh Malaysia pada setiap tahun. banyak pengalaman yang dapat ditimba melalui pertandingan ini. semasa berada di Kuala Lipis, para peserta dan pensyarah pengiring ditempatkan di hotel. Dari segi pengangkutan, pihak pengurusan telah menyediakan bas yang membawa para peserta berulang-alik dari hotel ke institut tersebut.

Kongres Islam Sarawak (Hotel Grand Magherita & Hotel Riverside Majestic, Kuching)





Kongres Islam Sarawak merupakan kongres kedua yang diadakan setelah kongres yang pertama berlangsung 40 tahun yang lalu. Sebagai salah seorang peserta, kongres ini banyak memberi input tentang apa yang dirancangkan semasa kongres yang berlangsung 40 tahun lalu dan melihat perkembangan serta sejauh mana pencapaian yang telah dicapai oleh Sarawak setelah berlangsungnya kongres yang pertama. Kongres ini berlangsung selama 3 hari. Pada hari pertama dan kedua, pembentangan 4 kertas kerja dilakukan oleh pembentang-pembentang yang bukan calang-calang orangnya. Antara pembentang kertas kerja tersebut ialah Prof. Dr. Sidek Baba dan Prof. Dato' Dr. MOhd Yusuf Hj Othman. Pada hari ketiga, para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan yang akan menjalani bengkel mengikut bidang yang telah ditetapkan iaitu politik & pentadbiran, perundangan Islam, ekonomi, pendidikan, dakwah dan sosiobudaya.

Tutup aurat anda wahai wanita...

Menutup aurat adalah wajib bagi setiap wanita muslim. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak mengendahkan perintah ini? Sedangkan perintah menutup aurat ini jelas dinyatakan. Mari kita selusuri dalil yang mewajibkan setiap wanita muslim menutup aurat...

Surah Al Ahzab Ayat 59

KEWAJIPAN WANITA PAKAI JILBAB BILA BERADA DILUAR RUMAH

59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

Surah An Nuur Ayat 30 dan 31
Pedoman pergaulan antara laki-laki dan wanita yang bukan "mahram"
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Taatilah perkataan di atas ini, kerna ianya bukan ungkapan Muhammad, Ianya ungkapan dan arahan dari Tuhan yang menciptakan kamu, yang memberi rezeki ke atasmu. Sesungguhnya dialah yang lebih mengetahui hal manusia barang kejadiannya itu.

Ambillah waktu anda untuk....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

himpunan kata-kata.....

1)You are today where your thoughts have brought you, you will be tomorrow where your thoughts take you. ( James Allen)

2) The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing you will make one.(Elbert Hubbard)

3) The most complicated achievements of thought are possible without the assistance of consciousness. (Sigmund Freud)

4) Life is like a grinding stone-it can polish you or pulverize you-depending on how you position yourself.(Larry de angelo)

5) Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

6) Manusia ialah apa yang dia percaya.(Anton Chekhov).

7) Jika anda mahu dapat keputusan sebagaimana juara dapat, pertama sekali anda mesti berfikir seperti juara.

8) Ubahlah pemikiran anda, maka anda akan mengubah dunia anda.

9) -Anda mengubah kepercayaan anda,apabila anda mengubah kepercayaan anda.
-anda mengubah jangkaan anda apabila anda mengubah jangkaan anda.
-anda mengubah sikap anda apabila anda mengubah sikap anda.
-anda mengubah tabiat anda apabila anda mengubah tabiat anda.
Anda mengubah prestai anda apabila anda mengubah prestasi anda
Anda megubah kehidupan anda.

10) jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan,itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

10 sebab doa terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.

10)Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan
perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yangbesar."

PBS...Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Abg Man, Simunjan (23/3/09 - 27/3/09)





Apa yang membezakan kita?

Solat bezakan Muslim atau kafir

MASIH ramai Muslim yang menganggap remeh pada amalan solat lima waktu sehari semalam.

Malah banyak yang bukan sahaja mengabaikannya tetapi bersikap sinis terhadap rukun Islam kedua selepas syahadah, yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang mukalaf itu.

Sama ada di kalangan pemimpin, ahli korporat, akademik, profesional, pentadbir dan pelajar yang berilmu, apa lagi golongan biasa yang sederhana dan kurang ilmu, kefarduan solat, rukun serta hukum meninggalkannya tetap sama.

Sebabnya, solat adalah amal ibadah yang pertama sekali akan dihisab apabila manusia dihidupkan kembali untuk melalui kehidupan kekal di akhirat, selepas berlaku hari kiamat.

Jika amalan solat yang diibaratkan tiang tidak ditegakkan, mana mungkin akan melekat amalan-amalan maaruf atau terdirinya komponen-komponen binaan yang lain.

Solat, sembahyang atau solah juga merupakan mukjizat yang tersurat iaitu dapat dilihat (melalui perbuatan untuk diamalkan) sebagaimana al-Quran (melalui huruf-huruf, kalimah dan mushaf untuk dibaca dan diamalkan) yang hanya diterima oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT untuk seluruh manusia.

Jika al-Quran adalah mukjizat yang diwahyukan secara berperingkat-peringkat melalui perantara Jibril di bumi, tetapi solat diterima terus oleh Rasulullah daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha semasa Mikraj ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj yang baru sahaja diraikan oleh Muslim pada setiap 27 Rejab.

Harus diingat, amalan solat lima waktu sehari semalam itu juga adalah pembeza sama ada seseorang itu Muslim atau kafir. Jadi, jangan diabaikannya.

Terlalu banyak perkataan, suruhan, ajakan, ganjaran dan peringatan mengenai solat yang tertera dalam al-Quran. Antara lain Allah SWT berfirman dalam marfhum Nya;

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al’Ankabuut: 45)

Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (An-Nissa’: 103)

Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudara mu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui. (At-Taubah: 11)

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (At-Taubah: 18)

Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat. (An-Nur: 56)

Jadi wajarkah untuk kita mendabik dada sebagai Muslim jika rukun paling utama sebagai penganut Islam pun tidak kita laksanakan?

Itu bab melengkapkan perlaksanaan solat lima waktu sehari semalam. Bagaimana pula dengan kekhusyukan dan ketepatan waktu dalam mengerjakan ibadah tunggak keislaman itu.

Kemungkaran

“Jarang dari kita yang memberi fokus sepenuhnya dalam amalan solat yang dikerjakan. Sebab itulah bermacam kemungkaran dan masalah berlaku meskipun solat dilaksanakan,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Teknologi Significant Teknologi Sdn. Bhd., Profesor Dr. Mohamad Khazani Abdullah.

Menurut matan pensyarah sains fizik dan Timbalan Dekan Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, setiap sesuatu perkara yang dilakukan mestilah mempunyai fokus yang jitu.

Ini kerana katanya, tidak akan terkesan dan berjaya sesuatu amal perbuatan yang dilaksanakan jika ia dibuat secara sambil lewa.

“Setiap rukun dan syarat sebelum dan semasa mengerjakan solat ada sebab dan hikmah yang tersendiri.

“Kesan terhadap solat yang khusyuk dan memberi fokus sepenuhnya akan memberi impak besar pada fizikal, spiritual, psikologi dan kesihatan hidup seharian seseorang,” katanya.

Bagaimanapun kesedaran Muslim terhadap kepentingan dan hikmah dalam ibadah solat masih terlalu kurang, kata Dr. Mohamad Khazani.

Beliau yang juga matan Ketua Makmal Optik Telekom Malaysia dan pensyarah sains fizik di Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian ketika memperkatakan mengenai ‘Solat, anugerah hebat dari Allah’ pada seminar Keajaiban al-Quran dan sains kelolaan Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dewan syarahan Masjid Negara baru-baru ini.

Katanya, kejayaan dan kebahagiaan adalah matlamat hidup setiap insan yang mampu dicapai oleh setiap yang normal.

“Tetapi tidak semua kejayaan dan kebahagiaan yang diraih mampu memberi kegembiraan, kepuasan dan ketenangan dalam kehidupan,” ujarnya.

Sebaliknya katanya, ramai manusia yang berjaya tetapi diselubungi ketakutan, kebimbangan, kekecewaan dan kesedihan.

Ini kerana kata Dr. Mohammad Khazani, kejayaan hanyalah matlamat manakala kebahagiaan merupakan proses melalui jalan dan hasil yang berbagai-bagai.

“Di sinilah pentingnya solat dan kekhusyukan ketika beramal bagi membentuk insan yang penyabar, berdisiplin, terfokus dan sihat yang berjaya dan bahagia,” katanya.

Menurut Dr. Mohamad Khazani lagi, kehebatan solat yang khusyuk setanding dengan tahap kelajuan cahaya yang mencapai 300,000 meter sesaat.

Jika itu dapat dicapai tambah beliau, masyarakat Islam tidak perlu mengguna kepakaran kafir untuk meraih kejayaan dan menangani permasalahan.

Sebaliknya tegas beliau, Islam dan Muslimlah yang akan menjadi sumber rujukan dan bantuan kaum kafir untuk mentadbir dan menguruskan alam semesta.

Itulah yang telah dilaku dan tunjukkan

oleh Rasulullah SAW, para Sahabat serta ahli tabie silam dan pejuang moden Islam,

Salahuddin Al-Ayuubi satu ketika dahulu, ujarnya.

Menurutnya, tidak ada sebab untuk Islam dihina dipersenda dan menjadi Islamfobia jika seluruh Muslim melaksanakan solat dan khusyuk dalam amalannya.

Sebab itu tegas beliau, pentingnya bagi setiap Muslim kembali menjadikan solat sebahagian dari kehidupan harian di samping menyempurnakan amalan ibadah fardu lain.

Malah katanya, selagi solat lima waktu sehari semalam mengikut ketetapan diabaikan serta tidak khusyuk, jangan harap untuk menikmati kepuasan dan ketenangan dari kejayaan yang dicapai.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam marfhumnya:

Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barang siapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.”

“Hai orang-orang yang beriman, ruku' lah kamu, sujud lah kamu, sembah lah Tuhan mu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (Al-Hajj:18 dan 77)

Peliharalah semua solat (mu), dan (peliharalah) solat wusthaa [Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama. Ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan solat wusthaa ialah solat Ashar. Menurut kebanyakan ahli hadis, ayat ini menekankan agar semua solat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya]. Berdirilah untuk Allah (dalam solat mu) dengan khusyuk.

“Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solat sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (solat lah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah: 238-239)

Dan perintahkanlah kepada keluarga mu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. (Thaahaa: 132)

dipetik dari Utusan Malaysia.

Jumaat, 17 April 2009

Apabila seseorang itu.....

"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.

Tujuannya

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ' ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.

Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta'ala:

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." - Al - Isra' (79).

Ya Rasulullah....

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku
menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah
s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !"

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan
oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di
sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya,
lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap)
telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :

"Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku
supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan
balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula ?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia
melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :

"Hai
Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)
berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih
kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan
Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali
kepada engkau." Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan
berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan
kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama
berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang
terhadap Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang
beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine¿Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu¿Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu¿¿..Aku ingat pasanganku
Selalu¿..Ibu ingat kat aku
Bila¿.Bila¿..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila¿.Aku nak talipon ibu
Selalu¿.Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila¿..Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-

¿Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak.Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah¿

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Kalau perempuan kata....

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain
kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan
ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya
memang suka kat awak tapi
saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap
kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de
receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas
nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i
bz la sekarang ni...nanti i
free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2
bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih
sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo
nak makan pun harap aku belanja,boleh
blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u
macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi
ekk?i kena balik balik cepat
la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan
ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...
mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..
paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah
le ngorat aku...

Memilih teman

Memilih teman..

Memilih teman sama erti memilih masa depan...
Memilih teman sama erti memilih perilaku...
Memilih teman sama erti dgn memilih kualiti ilmu...
Maka sesiapa pun yg ingin masa depan cerah, perilaku menawan hati serta luas ilmu dan brwawasan, maka harus pandai memilih teman..
Kita sukar brkembang bila shari-hari kita begaul dgn orang2 malas, kita juga sukar meraih kemulian akhlak, bila shari-hari brgaul dgn orang2 yg buruk akhlak..
Maka tinggi rendahnya kualiti seseorg manusia sangat dipengahuri oleh kualiti org yg menjadi temannya..

RASULILLAH (SAW) BERSABDA...

" Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karibnya) kerna itu, ada baiknya seseorg dari kamu meneliti dulu siapa yg akan dijadikan sahabatnya.. . "

Khas buat wanita solehah

Muhasabah Seorang Wanita Solehah
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Diin Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menghormati suaminya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahidah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Semoga sentiasa dirahmatiNya...

Iffah..menjaga kesucian diri

IFFAH- MENJAGA KESUCIAN DIRI

Menjaga kesucian diri merupakan fitrah manusia. Setiap orang diberikan oleh Allah satu fitrah berupa kesucian. Dengan adanya fitrah ini, manusia berupaya mengawal kehidupannya.

Kisah 1

Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu 'anhu mengabarkan bahwa orang-orang dari kalangan Anshar pernah meminta-minta kepada Rasullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Tidak ada seorang pun dari mereka yang minta kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melainkan beliau berikan hingga habislah apa yang ada pada beliau. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun bersabda kepada mereka ketika itu:

Apa yang ada padaku dari kebaikan (harta) tidak ada yang aku simpan dari kalian. Sesungguhnya siapa yang menahan diri dari meminta-minta maka Allah akan memelihara dan menjaganya, dan siapa yang menyabarkan dirinya dari meminta-minta maka Allah akan menjadikannya sabar. Dan siapa yang merasa cukup dengan Allah dari meminta kepada selain-Nya maka Allah akan memberikan kecukupan padanya. Tidaklah kalian diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (HR. Al-Bukhari no. 6470 dan Muslim no. 1053 )1
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan: “Dalam hadits ini ada anjuran untuk ta’affuf (menahan diri dari meminta-minta), qana’ah (merasa cukup) dan bersabar atas kesempitan hidup dan selainnya dari kesulitan (perkara yang tidak disukai) di dunia.” (Syarah Shahih Muslim, 7/145)

PERKARA2 YG BLH MEWUJUDKAN IFFAH

Terdapat beberapa perkara yang boleh mewujudkan iffah yang harus ada pada diri seorang muslim/muslimah:

1) Ketakwaan kpd Allah.

Hal ini merupakan asas paling kukuh dalam mengusahakan iffah dlm diri seseorang. Ketakwaan adalah pengekang kpd seseorang dari melakukan perbuatan2 tercela yg dilarang oleh agama Islam. Taqwa akan mendorong seseorang itu untuk selalu berhati2 dlm melakukan pelbagai perkara samada sendirian ataupun sebaliknya.

Sabda Rasulullah S.A.W :

” bertaqwalah kpd Allah dimana shj kamu berada...”

2) Rasa malu

Malu adlh slh satu sifat terpuji. Seseorang yang memiliki sifat malu akan terhindar dari melakukan perbuatan keji, dosa & maksiat. Adalah lebih indah sekiranya sifat ini ada pada diri muslimah. Dengan adanya sifat ini, seorang muslimah akan selalu berada dlm fitrah kewanitaannya, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggikan suara dan lain2.

3) Menundukkan pandangan mata (ghadhul bashar) dan menjaga kemaluannya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur:31)

Asy-Syaikh Muhammad Amin Asy-Syinqithi rahimahullah berkata: “Allah Jalla wa ‘Ala memerintahkan kaum mukminin dan mukminat untuk menundukkan pandangan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka. Termasuk menjaga kemaluan adalah menjaganya dari perbuatan zina, liwath (homoseksual) dan lesbian, dan juga menjaganya dengan tidak menampakkan dan menyingkapnya di hadapan manusia.” (Adhwa-ul Bayan, 6/186)

4) Tidak bepergian jauh (safar) sendirian tanpa didampingi mahramnya yang akan menjaga dan melindunginya dari gangguan.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:



“Tidak boleh seorang wanita safar kecuali didampingi mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 1341)


5) Tidak berjabat tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Karena bersentuhan dengan lawan jenis akan membangkitkan gejolak di dalam jiwa yang akan membuat hati itu condong kepada perbuatan keji dan hina.
Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz rahimahullah berkata: “Secara mutlak tidak boleh berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram, sama saja apakah wanita itu masih muda ataupun sudah tua. Dan sama saja apakah lelaki yang berjabat tangan denganya itu masih muda atau kakek tua. Karena berjabat tangan seperti ini akan menimbulkan fitnah bagi kedua pihak. ‘Aisyah radhiallahu 'anhu berkata tentang teladan kita (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam):

“Tangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita, kecuali tangan wanita yang dimilikinya (istri atau budak beliau).” (HR. Al-Bukhari, no. 7214)
Tidak ada perbedaan antara jabat tangan yang dilakukan dengan memakai alas/ penghalang (dengan memakai kaos tangan atau kain misalnya) ataupun tanpa penghalang. Karena dalil dalam masalah ini sifatnya umum dan semua ini dalam rangka menutup jalan yang mengantarkan kepada fitnah.” (Majmu’ Al-Fatawa, 1/185)

6) Tidak melakukan maksiat & menjauhkan diri dari perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

Seorang muslim/muslimah yang bijak akan dapat memahami akibat daripada perbuatan2 buruk dan memahami cara2 yang digunakan oleh org2 yg bodoh untuk menyesatkannya.

Kesimpulan

Usaha yang dilakukan untuk mendapatkan Iffah bukanlah suatu yg mudah. Ianya memerlukan perjuangan jiwa yang bersungguh-sungguh dengan meminta pertolongan daripada Allah S.W.T.


RENUNGAN


69. Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.(AL-ANKABUT:69)

10 Amalan murah rezeki

10 Amalan Murah Rezeki…..

Anda semestinya mahu murah rezeki bukan? Tapi, bagaimana caranya nak dapatkan rezeki yang murah dan yang paling utama halal disisi Islam? Jom, ikuti 10 amalan yang akan membawa kepada rezeki yang murah

1) Taubat/ Istighfar

-Seperti yang anda tahu, TAUBAT ialah meninggalkan segala perbuatan dosa, menyesali semua kemaksiatan yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

-ISTIGHFAR pula ialahmaminta ampun dengan ucapan dan perbuatan” (menurut Imam Raghib Al-Asfahani)

10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.

11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

12. "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

( Surah Nuh : 10-12)


2) Takwa

- Para ulama telah mendefinisikan TAKWA sebagai melaksanakan segala perintah-perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya, samada secara terang-terangan atau rahsia.

- Dalil yang mengatakan TAKWA sebagai amalan yang boleh mendatangkan murah rezeki ada pada ayat seribu dinar iaitu dari surah At-Talaq ayat 2-3. dalam ayat tersebut telah diterangkan bahawa ORANG YANG BERTAKWA AKAN DIBALAS DENGAN DUA PERKARA:

a) Allah akan memberikan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi.

b) Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak kita sangka.

3) Beribadah kepada Allah

- Ada beberapa amalan IBADAH yang dapat membawa kepada murah rezeki.

a) Solat (solat dhuha,hajat)

b) Puasa

4) Silaturrahim

- Dalam hadis Nabi S.A.W, terdapat beberapa keterangan yang menunjukkan bahawa SILATURRAHIM adalah amalan yang membawa kepada murah rezeki. Diantaranya ialah :

-Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahim.”

( Riwayat Bukhari )

5) Berinfaq di jalan Allah

- Infaq ialah memberi kemampuannya kepada orang yang memerlukan. Berinfaq di jalan Allah pula bermaksud memberi kemampuannya kepada orang yang memerlukan dengan niat yang ikhlas dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa keterangan/dalil yang menyatakan bahawa berinfaq di jalan Allah membawa kepada murah rezeki.

-“……dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’: 39)

6) Bersyukur

- Bersyukur juga akan menambah rezeki. Sesiapa yang bersyukur, Allah akan menambah kenikmatannya dan jika sebaliknya pula, Allah akan menyeksanya. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud :

“ ….jika kamu bersyukur, maka aku akan menambah nikmat kepadamu dan sekiranya kamu kufur atas nikmatKu, maka seksaKu amatlah pedih.”

7) Tawakkal

- Tawakkal juga adalah salah satu amalan yang boleh membawa kepada murah rezeki,sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Thalaq ayat 3 yang bermaksud:

“ …dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupi (keperluan)nya.”

Ayat tersebut memang sangat pendek tetapi ia mengandungi makna yang amat luas. Maknamencukupidalam ayat itu mengandungi semua perkara yang diperlukan oleh manusia.

8) Hijrah ke jalan Allah

- Hijrah ke jalan Allah dapat mendatangkan rezeki. Biasanya, orang yang berpindah itu mempunyai jiwa yang maju dan kreatif kerana mereka merasa tercabar. Oleh sebab itulah kebanyakan orang yang berjaya itu mahu berpindah dari tempat asal kelahirannya.

9) Memberi nafkah mereka yang menuntut ilmu syara’.

- Mmeberi nafkah kepada mereka yang menuntut ilmu syaratermasuk dalam amalan yang dapat mendatangkan rezeki. Ini adalah kerana kesediaannya membantu mereka yang benar-benar belajar ilmu syara’ (ilmu agama).

10) Doa/Zikir dan Al-Quran

- Al-Quran dan hadis banyak memberi keterangan yang memerintahkan agar manusia sentiasa berdoa dan berzikir. Firman Allah “…berdoalah kepadaKU nescaya Aku akan memenuhi (permintaanmu)..” (Surah Al-Mu’min: 60). Dalam hadis juga turut diterangkan mengenai doaDoa adalah inti ibadah.” (Riwayat At-Tirmidzi).

Segala kekurangan dalam menyampaikan apa yang terkandung ini harap dapat dimaafkan dan sekiranya inginkan penjelasan yang lebih lanjut dan terperinci sudi-sudikanlah menghantar emel : sharifahnoorhaliza@yahoo.com