CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 14 Mei 2009

AWAS!! PASTIKAN BARANG YANG ANDA GUNAKAN HALAL

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


1.. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)


1.. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import

4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
14.. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088..

Selasa, 12 Mei 2009

Terimalah hakikat wahai ibu bapa....

Semasa menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah lama saya dahulu, iaitu SK Abang Man, Simunjan, satu perkara menarik perhatian saya dan telah saya usulkan kepada pensyarah subjek Perkembangan Kanak-Kanak saya di institut.

Semasa membuat pemerhatian di dalam kelas bersama guru yang mengajar, tingkah laku seorang pelajar benar-benar telah menarik perhatian saya. Ketika membantu guru tersebut membantu pelajar-pelajarnya membuat latihan yang diberikan, saya telah menghampiri pelajar yang saya perhatikan seawal saya masuk ke kelas tersebut. Pelajar tersebut sentiasa diam dan seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Matanya sememangnya melihat dihadapan memerhatikan guru tersebut mengajar dan mengikut arahan guru. Mungkin pelajar ini mengikut tingkah-laku rakan-rakannya yang lain tanpa memahami apa sebenarnya yang dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.

Semasa membuat latihan juga saya perhatikan pelajar ini melakukan apa yang diingininya dan tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru tersebut. Mungkin pada pandangan anda para pembaca ianya adalah situasi biasa bagi seorang kanak-kanak. Tetapi, keadaan ini berbeza dari sudut pendidikan dan perubatan. Pelajar ini merupakan pelajar yang tergolong dalam golongan kanak-kanak berkeperluan khas.

Saya menghampiri pelajar itu dengan niat mahu berinteraksi dengannya. Tetapi, reaksi yang saya dapat daripada pelajar itu jauh berbeza dari apa yang saya harapkan. Pelajar itu terus membisu dan hanya melihat saya dengan pandangan yang saya tidak dapat tafsirkan. Saya tabahkan hati mengajar dan membantu pelajar itu berkenaan apa yang sepatutnya dilakukannya dengan cara paling mudah untuk difahami olehnya dan akhirnya pelajar itu dapat melakukannya sedikit demi sedikit mengikut penerangan yang saya berikan. Tidak lama selepas itu, pelajar tersebut mengulangi kesilapan yang sama. Kali ini saya duduk bersebelahan pelajar itu dan mengawasinya sepanjang masa dia menyiapkan latihannya itu sehingga dia selesai melakukannya. Akhirnya, saya membuat kesimpulan bahawa pelajar ini tidak sama seperti pelajar lain dan perlu perhatian yang lebih dan pelajar ini tidak seharusnya belajar di kelas biasa seperti kanak-kanak lain kerana pelajar ini memerlukan bantuan khas bagi memastikan dia tidak ketinggalan dengan pelajar lain.

Selepas tamat waktu persekolahan, saya bertemu dengan salah seorang guru dan pembantu di kelas itu. Tujuannya hanya satu, untuk bertanya keadaan pelajar itu sepanjang pelajar itu berada di kelas itu. Jawapan yang saya terima bertepatan dengan sangkaan saya iaitu pelajar itu sememangnya pendiam dan guru-guru yang mengajar di kelas itu juga tidak pernah mendengar suaranya di dalam kelas. Pelajar itu hanya akan berada di dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Tingkah lakunya hanya berpandukan apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain. Selepas mendengar penjelasan mereka, saya beredar dengan pelbagai andaian dan kemungkinan masalah yang dihadapi pelajar itu. Sebelum beredar, sempat juga saya berpesan agar guru tersebut memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu akan masalah anak mereka itu. Jawapan yang saya terima tidak memeranjatkan saya kerana menurut ibu bapa pelajar itu, anak mereka tidak mempunyai masalah apa-apa dan mereka tidak mahu mengambil tindakan susulan terhadap anak itu. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk bertanyakan pensyarah saya semasa kembali ke institut.

Semasa berbincang dengan pensyarah saya berkenaan masalah pelajar tersebut, apa yang saya andaikan adalah tepat. Pelajar tersebut merupakan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan pembelajaran di kelas khas atau sekolah pendidikan khas. Mendengar penjelasan yang diberikan oleh pensyarah saya itu, saya rasa terpanggil untuk bertemu dengan orang tua kepada pelajar itu kerana jika tidak dididik di landasan yang betul, pelajar itu tidak akan mampu memperkembangkan potensi dirinya untuk lebih maju dan berjaya.

Apa yang amat saya kesali, ibu bapa pelajar ini seolah-olah tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka istimewa berbanding anak-anak lain di sekolah. Apalah salahnya jika anak tersebut dibawa berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan laporan doktor untuk membolehkan anak tersebut belajar di kelas khas kerana sekolah tersebut mempunyai kelas khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas ini. Terimalah hakikat wahai ibu bapa...Anak itu anugerah Allah untuk dipelihara dan dijaga mengikut apa yang sepatutnya mereka dapati kerana itu adalah hak mereka. Jangan dibiarkan anak itu terumbang-ambing tanpa mengenal erti apa-apa. Ibu bapa seharusnya mempunyai kesedaran akan hal ini. Perkara ini tidak perlu bagi ibu bapa berasa malu kerana ini adalah cabaran bagi ibu bapa membesarkan anak-anak istimewa ini. Allah hanya mahu menguji ketabahan kita sebagai hambanya. Berfikir positiflah demi kebaikan anak-anak. Sesungguhnya anak-anak ini tidak mencemarkan maruah ibu bapa. Jangan korbankan apa yang sepatutnya mereka dapat hanya kerana diri kita dan kehendak kita.

Bahaya bekas plastik biasa..

WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.

Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.

Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.

Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.

Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.

Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.

(petikan Utusan Malaysia)

Buang pundi hempedu untuk elak batu karang..

Contoh kes :

SETIAP kali selepas menikmati hidangan tengah hari, Rozita Amir, 40, akan mengalami sakit seperti senak di bahagian perut. Sakit tersebut memang mengganggu tugasannya kerana ia berlarutan sehingga sejam lamanya. Sangkanya, dia menghidapi gastrik namun setelah pemeriksaan oleh doktor pakar mendapati beberapa ketulan batu bersaiz guli terdapat dalam pundi hempedu Rozita.

Awas jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, kerana risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu agak tinggi untuk anda.

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram, perubahan hormon dan mendapan kolesterol di bahagian hempedu antara punca mengapa bilangan wanita menghidap penyakit ini tinggi.

"Penyakit batu karang hempedu ini juga kerap dihadapi oleh wanita yang mempunyai anak ramai," jelas beliau ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Dr. Nanda Kumar menjelaskan, pundi hempedu menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan pekat yang mengumpul cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

"Apabila seseorang makan, pundi hempedu akan mengembang dan menguncup serta menyerap kandungan kolesterol, lemak dan minyak daripada makanan yang dimakan itu.

"Akan tetapi, apabila cecair hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk batu keras yang dikenali sebagai batu karang hempedu. Saiznya pula bergantung, sama ada yang sekecil guli dan boleh jadi hingga sebesar bola golf.

"Apabila batu karang telah wujud di dalam hempedu, tiap kali anda memakan makanan yang mengandungi lemak, minyak serta kolesterol, pundi hempedu yang mengembang dan menguncup itu akan terasa sakit," terang Dr. Nanda Kumar lagi.

Beliau berkata, batu karang hempedu ini mungkin telah bertahun-tahun wujud di dalam hempedu seseorang tanpa disedari. Dan jumlahnya juga mungkin mencecah puluhan biji.

Faktor-faktor Risiko

Menurut Dr. Nanda Kumar, antara faktor yang menyebabkan risiko penyakit ini seperti faktor umur, jantina, berat badan dan diet yang berkalori rendah.

"Di KJMC, kami mendapati kebanyakan pesakit yang mempunyai batu karang hempedu adalah wanita yang berbadan besar, mempunyai ramai anak dan berumur 40 tahun ke atas.

Kebarangkalian individu menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia," tambahnya.

Simptom-simptom

Menurut Dr. Nanda Kumar, simptom penyakit batu karang hempedu seakan sama dengan penyakit gastrik. Pesakit akan berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian abdomen. Adakalanya kesakitan itu disertai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.

"Biasanya rasa sakit tersebut akan menyerang selepas 15 minit seseorang makan makanan yang mengandungi lemak atau kolesterol.

"Rasa sakit itu pula pada mulanya sedikit dan kemudian senak kronik pada bahagian kanan perut dari ulu hati. Kesakitan biasanya berlarutan selama satu hingga dua jam selepas makan," jelasnya.

Diagnosis

Dr. Nanda Kumar memberitahu, disebabkan simptom penyakit ini lebih kurang sama dengan gastrik, maka pemeriksaan teliti perlu dilakukan.

Selain itu, disebabkan batu karang hempedu telah wujud sejak bertahun-tahun lamanya tanpa dapat dikesan oleh empunya tubuh, jadi ujian ultra bunyi berkomputer perlu dibuat untuk mengesannya.m hempedu anda.

Pembedahan

Dr. Nanda Kumar menasihatkan pesakit yang telah dikesan mempunyai penyakit batu karang hempedu untuk membuang pundi hempedu sekali. Ini kerana, pundi hempedu yang pernah menghasilkan batu akan berpotensi untuk menghasilkan batu sekali lagi.

Pembedahan yang amat disarankan untuk membuang batu karang hempedu dinamakan laparoskopik. Caranya dengan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

"Pembedahan yang dinamakan pembedahan minimal invasif ini hanya melibatkan empat tebukan kecil, dua lubang berdiameter 10 milimeter dan dua lagi bersaiz 5 milimeter.

"Prosedur mengambil masa selama lebih kurang sejam dan anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari," ujarnya.

(petikan Utusan Malaysia)

Kelebihan Surah Al- Kautsar

Sekadar perkongsian daripada seorang sahabat....

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan kita yang lain, terima kasih.

Satu penjelasan saintifik yang menarik

Ikuti perbualan Yusuf dan David ni....

Yusuf : Aha...ada daging halal disini...

David : ???

David : Yusuf, boleh tak terangkan apa erti halal dan haram? Kenapa orang Islam amat teliti tentang hal ini?

Yusuf : Hmm? Begini David,halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam. Al-Quran telah menjelaskan perbezaan antara keduanya.

David : Boleh awak beri contoh?

Yusuf : Ya..Islam melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang. Kamu tentu setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik, iaitu satu bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan manusia.

David : Betul tu.. Memang benar asid urik mengandungi banyak toksik semulajadi. Didalam badan manusia, ianya digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan. Malah diberitahu bahawa 98% daripada asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.

Yusuf : Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya cara penyembelihan binatang dalam Islam.

David : Apa maksud awak?

Yusuf : Cuba awak lihat, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang maha besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak.

David : Jadi kematian haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh dan bukan dengan mencederakan organ-organ penting yang lain.

Yusuf : Ya, betul tu. Sebagai contoh, jika organ jantung, hati atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan-lahan akan menyebabkan darah meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menjadikan ianya amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.

David : Bercakap mengenai makanan ini, mengapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya?

Yusuf : Terdapat ayat Al-Quran yang melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah, Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11 verse 8 menyatakan, " pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu." Tahukah kamu juga bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya sedangkan ia sendiri tidak mempunyai leher. sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun tanpa melihat pada semua itu, saya yakin kamu juga tahu bahawa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.

David : Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah bagi parasit dan berisiko terhadap pelbagai jenis penyakit.

Yusuf : Ya, selain itu, mengenai kandungan asid urik yang terdapat di dalam darah tadi, didapati bahawa khinzirn hanya membuang 2% kandungan asid uriknya sebagai bahan kkumuhan dan dan 98% lagi akan kekal didalam tubuhnya sebagai sebahagian dari tubuhnya.

David : Hehe.. terima kasih atas penerangan awak Yususf. Baru saya faham sekarang.

Yusuf : Sama-sama David. Itu memang kewajipan saya. eh, jemput datang ke rumah saya. Saya masak special malam ni.

khas buat insan yang bergelar guru...

Kata-kata Atbah bin Abi Suffian kpd Abdul Samad iaitu guru anaknya:

"Sebelum engkau mendidik anakku, hendaklah kamu mendidik dirimu..kerana mereka akan mengikut gerak geri dan tingkah lakumu..baik atau buruk tindak-tandukmu akan menjadi ikutan dan tauladan kepada mereka.."

Imam Al-Ghazali:

“Tingkah laku seseorang di dalam seribu orang lebih berkesan dari percakapan seribu orang terhadap tingkah laku seseorang”

“Usaha seorang pendidik menyerupai usaha seorang petani, ia mencabut rumput rumpai dicelah-celah tanaman supaya tanaman itu tumbuh subur segar tanpa sebarang gangguan”

Abu Zuib al-Aswadi al-Duali:

“wahai para guru, pendidik manusia, ingatlah kamu seorang pendidik. Kalau memberi penawar kepada yang sakit, apakah patut kamu sendiri yang sakit? Sebagai pembentuk akal kami, tak mungkin kamu sendiri tidak terbentuk. Mulakan dengan dirimu, membasmi segala kesesatan. Jangan melarang sesuatu yang kamu sendiri lakukan, malu padahnya jika kamu lakukan”

Ibnu Hajar al-Hatami:

“tidak seharusnya seorang guru memukul kanak-kanak kecuali setelah diizinkan oleh bapanya”

-pengajaran
-memperbaiki

-bukan ketika marah
-jgn kawasan muka
-jgn kawasan merbahaya
-ada jarak masa antara 2 hukuman
-jika merotan, ada hadnya

* Wajib ditinggalkan jika didapati tidak berkesan, merbahaya

Ibnu Khaldun:

“hukuman yang terlalu keras akan menjadikan kanak-kanak:

-berjiwa sempit
-kurang cergas
-mendorong mereka berdusta, menipu, berpura-pura”

Rabu, 6 Mei 2009

Kelebihan-kelebihan Bismillah...

Ingin tahu kelebihan Bismillah...?

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.