CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 4 Ogos 2010

PESANANKU BUAT SI DIA....

Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia hanya akan membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Allah Hu Ya Waduud( Maha Menyinta-Mengasihi)
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Allah Hu Ya Latiff (Maha Lembut)
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurgaNya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak kakinya ada syurgaNya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat karena imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya karena akhaqnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu membuai fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Allah Hu Ya Khaliq ( Maha Mencipta)
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggung jawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan didekati karena menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak memisahkan hingga mejadi penyebab tumbuhnya kerinduannya..

Tolong pesankan padanya, aku tidak mau menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesankan padanya, aku tak mau menjadi penyebab kegagalannya..
Tolong pesankan padanya, hanya doa yang bisa kupanjatkan biarkan Allah Hu Ya Muhaimin (Maha Memelihara) menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mau mengecewakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mau dia berhasil dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendorong semangatku dalam berikhtiar dan berusaha..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta karena Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Allah Hu Ya Karim (Maha Mulia)..
Tolong sampaikan kepada si dia karena aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Semoga dia ibarat seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Ya Allah Hu Ya Kabir(Maha Besar)

*Syukran buat sahabat yang sudi berkongsi....(^_^)

Khamis, 29 Julai 2010

TAHUKAH ANDA BAHAWA......(PART 1)

1) TANGAN PALSU....???
Pada tahun 1551, Abrose Par yang berbangsa Perancis telah mencipta tangan palsu yang lengkap dengan jari-jemari yang digerakkan oleh cogwheels dan tuil. Tangan palsu ciptaannya itu sangat berkesan sehinggakan seorang askar pasukan berkuda dapat menggenggam tali kekang kudanya dengan baik.

2) JUAL ANAK?????
Pada kurun ke-6 M, seorang penggubal perundangan Athens yang bernama Solon telah meluluskan suatu undang-undang yang membenarkan pihak bapa menjual anak-anak perempuan mereka yang berzina sebagai hamba abdi.

3) HEBATNYA SANG HELANG!!
Seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.

4) ARUS TERBALIK???
Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sungai Mississippi mengalir ke belakang.

5) BULU MATA...
Sehelai bulu mata boleh bertahan lebih kurang 5 bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.

6) NAMA BULAN...
Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman, kecuali bulan-bulan yang berada di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

7) ABJAD
Semua abjad-abjad utama di dunia ini telah dikembangkan daripada satu abjad yang dicipta 3600 tahun dahulu di Timur Tengah. Ia dikenali sebagai Abjad Semitik Utara.

8) PANJANG UMUR...
Aligator boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

9) SILAP TAFSIRAN...
Sungguhpun nama Argentina bermakna 'Bumi Perak' (argent bererti perak), sebenarnya terdapat sedikit sahaja perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat kesilapan para penjelajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

10) MATAHARI...
Bahagian tengah matahari mempunyai ketumpatan lebih beratus-ratus kali air dan suhu yang mencecah 10 hingga 20 juta celcius.

FAKTA MENARIK TENTANG GAJAH.....

1) Seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh 5km darinya.

2) Gajah boleh membawa sehingga 7.5 liter air di dalam belalainya.

3) Seekor gajah boleh makan sehingga 225kg rumput kering dan 225 air dalam sehari. WOW!!!

4) Belalai gajah mengandungi lebih daripada 50000 otot-otot. Banyak tuuu!!!!

5) Sesetengah masyarakat kampung di selatan tanah air menggelar gajah dengan nama 'Orang Kuat'. Mereka takut untuk menyebut perkataan 'gajah' kerana bimbang haiwan itu dapat mendengarnya & aka datang ke tempat itu, kemudian menyerang orang yang menyebut perkataan gajah tadi.

Selasa, 27 Julai 2010

APA NAK JADI????

Baru-baru ni saya ada dengar berita daripada mak saudara saya mengatakan bahawa di Simunjan ada seorang ustaz yang bertindak membogelkan pelajar-pelajarnya hanya kerana tidak dapat menghafaz surah dalam Al-Quran seperti yang diarahkannya.. Apa nak jadi ni??? Adakah perwatakan seorang ustaz sebegitu rupa??? Lebih teruk lagi, dubur pelajar lelaki dicucuk dengan lidi penyapu manakala kemaluan pelajar perempuan diraba.. Astaghfirullah.. Adakah perlakuan seorang ustaz yang mendidik dan mengajarkan ilmu agama sebegitu rupa? Amat memalukan!!!

Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah benar ini berlaku... Jadi. untuk mencari kepastian, saya mencari di dalam arkib salah sebuah akhbar tempatan untuk mencari kesahihan peristiwa ini.. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat ianya benar-benar ada dan benar-benar terjadi... tak disangka sama sekali di kawasan seperti itu turut berlaku perkara seperti ini.... Tapi, dalam dunia kini, segalanya mungkin terjadi.....

Apa yang mendorong ustaz tersebut bertindak demikian??? Saya jadi tertanya-tanya dan ingin tahu siapakah orang yang tergamak melakukan perbuatan itu.... Mungkin kerana Simunjan merupakan kawasan yang agak terpencil, ustaz tersebut berkira bahawa dia boleh berbuat sesuka hatinya terhadap anak muridnya... Semoga apa yang berlaku akan kita jadikan iktibar... Buat guru-guru dan bakal guru, sayangilah anak murid anda dan didiklah mereka seperti anak anda sendiri....

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2010

Sekali lagi Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa akan diadakan pada 27 julai hingga 3 Ogos ni... Jadi, apa tunggu lagi?? Marilah sama-sama kita saksikan siapakah yang akan menggenggam gelaran Johan Qari dan Qariah peringkat antarabangsa pada tahun ini.

Apa yang menarik untuk tilawah pada kali ini, 4 negara baru akan turut menyertainya buat pertama kali. Persaingan sudah pasti semakin sengit... Disamping menantikan siapakah yang akan bergelar juara, sama-samalah kita hayati alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang akan diperdengarkan oleh Qari dan Qariah yang mewakili negara masing-masing. Tidak cukup sekadar mendengar, kita hayati segala isi kandungan ayat-ayat suci yang dilafazkan dan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya...

Buat wakil negara kita, selamat berjuang dan selamat maju jaya diucapkan. Doa kami rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan anda... Bittaufiq wannajah....

IMAM MUDA......

Alhamdulillah..sekarang ni dah ada program macam Imam Muda ditayangkan kat tv. Banyak ilmu yang dapat diperoleh dari program ni.... Semua calon Imam Muda memang mengagumkan. Dalam ramai-ramai org-org muda yang dah kita tau kebanyakannya dah rosak akhlaknya, dapat juga kita mencari beberapa permata yang boleh menjadi pemimpin dan pembimbing bagi golongan muda masa kini.

Apa yang lebih mengagumkan, ada juga golongan remaja yang terpilih sebagai calon imam muda contohnya Imam Muda Syakir dan Imam Muda Azhar... Program ni sangat banyak membantu kita untuk menimba ilmu sebab setiap kali ditayangkan, akan ada ilmu baharu yang akan diberitahu..

30 Julai 2010.... Kemuncak Imam Muda... Kita nantikan siapakah yang akan bergelar Imam Muda Malaysia yang pertama.. Antara Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur...Suatu pencarian dalam sebuah perjalanan kehidupan akan terjawab JUMAAT ini...

Selasa, 18 Mei 2010

BERBEZA BIJAKSANA

Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang oengayuh sampan. di tengah-tengah sungai, profesor bertanya : "Kau pandai menulis dan membaca?" "Tidak, saya buta huruf", jawab si pengayuh sampan. "Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."
Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi : "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?" "Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." "Kalau begitu kamu kehilangan lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."
Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor : "Tuan,apakah tuan pandai berenang?"
"Err, err saya tidak tahu," jawab profesor panik. "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


Pengajaran : Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita harus mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya....


*petikan daripada majalah SOLUSI...

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Buat guru-guru ku yang ku sayangi...
Terima kasih atas segala jasa dan didikan yang telah kalian berikan kepada diriku ini hingga aku menjadi diriku pada hari ini..
Sesungguhnya, tanpa kalian dan didikan yang kalian berikan siapalah aku...
Segala teguran dan nasihat yang diberikan amat berguna bagi diriku untuk memperbaiki diri...
Teringat segala kenangan manis semasa berada di bangku sekolah bersama-sama kalian..
Sungguh..aku amat merindui saat-saat itu...
Kini...
Aku bakal jadi insan seperti kalian yang akan bersama-sama kalian berjuang mendidik anak bangsa...
Masa yang terlalu cepat berlalu membuatkan diriku tak terasa betapa jauhnya zaman bersama kalian yang telah aku tinggalkan...
Hanya doa kalian yang aku harapkan agar anak didikmu ini berjaya di dunia dan di akhirat..
Sedikitpun aku tidak pernah melupakan ilmu yang kalian curahkan kepadaku..
Segalanya ku simpan dan ku ikat kemas dan rapi dalam diriku agar menjadi bekalan kepadaku menghadapi hari-hari mendatang yang tentunya penuh dengan cabaran...
Ketabahanmu akan ku jadikan semangat untukku meneruskan perjuanganku dalam hidupku ini..
Doaku pada kalian agar kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah..
Semoga payung rahmat Allah sentiasa melindungi kalian..
Semoga segala apa yang kalian lakukan untuk kebaikan anak didikmu mendapat redha dari Allah..
SEMOGA KALIAN DITEMPATKAN DI JANNATUL FIRDAUS BERSAMA ORANG-ORANG YANG LAYAK BERADA DI SANA.....
AMIIN..

-curahan rasa ikhlas dari hati anak didikmu-

Sabtu, 8 Mei 2010

Happy Birthday Mak..

Hehehe..Alhamdulillah hari ni Allah telah memanjangkan usia ibuku... semoga mak sentiasa diberkati Allah n sentiasa tabah dalam hidup... apa yang istimewanya kali ni, hadiah yang mak dapat dari adik bongsuku, Jiji... dia hadiahkan mak laungan azan daripadanya dari surau....Alhamdulillah..ada perubahan pada keluargaku yang semakin ke arah lebih Islamik....semoga perkara baik ini berterusan...

Selamat Hari Ibu...

Buat Ibuku..serta ibu-ibu lain yg seagama denganku..Selamat Hari Ibu ku ucapkan..
Segala penat lelah,pahit getir yang kau lalui hanya Allah yang dapat membalasnya...
Tak terhitung olehku betapa banyaknya jasamu kepada kami... Menjaga, mengasuh, mendidik, membelai, menyayangi kami tanpa mengenal rasa jemu.. takkan terbalas jasamu..
Hanya Allah yang dapat membalasnya..
Buat mereka yang masih ada Ibu...hargailah mereka...jangan pernah sakiti mereka hingga ke akhir hayat mereka..
Buat mereka yang tidak mempunyai ibu lagi... Titipkanlah doamu buat mereka setiap masa.. Ingatlah bahawa Ibu anda tidak pernah melupakan anda dan jangan sekali-kali putus berdoa untuknya.. Hanya doa yang mereka harapkan..
Buat Ibu-ibu di seluruh dunia..Selamat Hari Ibu......(^_^)

Jumaat, 7 Mei 2010

DUNIA...antara fantasi atau realiti...

Kita selalu dibayangi perkara-perkara indah yang kita impikan di dunia ini.. Hakikatnya, kita juga mudah dan sering terlupa bahawa kita akan menghadapi satu saat, satu hari dimana segalanya akan berakhir...hanya ada dua destinasi yang akan kita tuju. pertama, bahagia di syurga...kedua, terseksa di neraka... tetapi, hakikatnya manusia kini semakin leka dibuai indahnya dunia hingga lupa bahawa persinggahan sebenar yang dituju semakin hampir dan semakin singkat masa perjalanan kita menuju ke destinasi tersebut...
hakikatnya, kita kini terbuai di alam fantasi dunia yang semakin melalaikan kita.. manusia semakin mengejar harta, kekayaan tanpa mengira sumber, halal dan haramnya pekerjaan yang dilakukan itu.. manusia kini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kebahagiaan dunia yang kononnya tanpa wang dan kekayaan, hidup takkan bahagia.. manusia kini dibuai keindahan dunia sehingga lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka. realitinya, hari ini semakin ramai yang hanyut dibawa arus keindahan dunia dan janji kosong yang ditaburkan oleh manusia...
Realitinya, hari ini manusia mengejar segala kemahuan dunia mereka daripada mengejar dunia dan akhirat...hakikatnya tidak ada salahnya jika kita mahu mendapat kebahagiaan pada keduanya asalkan kita berada pada landasan yang betul dan tidak menyimpang dari apa yang seharusnya menjadi pegangan kita. dunia dan akhirat harus seiring..kejayaan di dunia tidak akan ada jika kita tidak mengejar kejayaan akhirat.. ingatlah...

hidup ini ibarat bercucuk tanam...
tanam lalang tidak akan tumbuhnya padi..tetapi,
tanam padi pasti akan tumbuhnya lalang..
samalah seperti hidup kita..
kejar dunia, hanyalah dunia semata-mata..
tetapi, jika kita mengejar akhirat, dunia akan ikut bersama..

jelaslah bahawa jika kita mengejar akhirat, kejayaan dunia juga pasti akan mengiringi kita..jika kita mengejar dunia, apa yang akan kita dapat hanyalah dunia semata-mata...

Isnin, 19 April 2010

BUANG BAYI MAKIN MENJADI-JADI!!!!

bila direnung kembali...zaman semakin maju tapi umatnya semakin jahil...hari ini, kita dapat lihat sendiri macam2 cerita yang kita dengar tentang masyarakat kita kini... zina semakin bebas berlaku..akhirnya,kes mengandung anak luar nikah pun makin berleluasa...akibatnya...kes pembuangan bayi bermaharajalela...

kadang-kadang tertanya-tanya juga dimana hilangnya sifat belas si ibu terhadap anak kecil yg tidak berdosa...anak kecil yg baru dilahirkan dibuang tanpa rasa belas sekalipun. DIBUANG IBARAT SAMPAH!!! apa dosa anak-anak ini sehingga mereka dilakukan sebegitu rupa? mereka dibuang di tempat pembuangan sampah,longkang, tong-tong sampah malah ada yg meninggalkan bayi kecil ini di masjid. sungguh..manusia sekarang telah hilang sifat belas & perikemanusiaan...

apa salah mereka sampai sanggup orang tuanya membuang mereka? andai kata kalian tak sanggup menjaganya, mengapa tidak diserahkan kepada orang atau pihak lain untuk menjaga mereka? sekurang-kurangnya nasib mereka dibela...berilah mereka kepada keluarga angkat yang sanggup menjaga mereka. masih ramai lagi diluar sana yang inginkan cahaya mata tetapi belum ada rezeki..kalian yang boleh mendapatnya dengan mudah sekali, dengan mudah juga membuang bayi tak berdosa ini..entah apa yang merasuk kalian sehingga sanggup bertindak sejauh ini...

sedarkah kalian bahawa mereka juga manusia??? sedarkah kalian bahawa mereka juga punya hak untuk hidup di muka bumi ini??? sedarkah kalian bahawa mereka itu tidak berdosa??? sedarkah kalian mereka juga perlu diberikan peluang untuk hidup dan membesar seperti anak-anak lain??? pernahkah kalian terfikir bahawa masih ramai lagi yang mahu membela nasib anak-anak ini diluar sana????

DAN...PERNAHKAN KALIAN BERFIKIR DAHULU SEBELUM MELAKUKAN TINDAKAN YANG SUDAH PASTI MENDATANGKAN MURKA ALLAH & PERNAHKAH KALIAN INGAT BAHAWA APA YANG KALIAN LAKUKAN ITU ADALAH SATU DOSA??? SEDARKAH KALIAN BAHAWA KALIAN TELAH MELAKUKAN PEMBUNUHAN??? RENUNGKANLAH BERSAMA......

rindunya....

Subhanallah...lama sungguh blog ni tak ber-update...rindu rasanya nak berkongsi cerita...tp tuntutan tugas lebih perlu untuk diutamakan.. terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan setelah berbulan-bulan xdi-update blog ni...byk buku dah dibaca tp kesempatan berkongsi belum ada...apa-apa pun..sy akan mulakan dgn cerita tntg diri sy skrg...bukan mudah untuk menjalani hidup yang semakin penuh dgn dugaan...hanya diri ini dan Allah sahaja tahu betapa peritnya menanggung semua ini..hmm..sedih pun ada skrg ni sebab buku yang bari dibeli belum habis dibaca hilang entah kemana...harap2 buku tu akan dijumpai...

rasanya cukuplah dulu setakat ini..hanya menyampaikan berita bahawa blog ini masih wujud pemiliknya...bagi sahabat seperjuanganku..teruskan perjuangan anda...

Khamis, 14 Januari 2010

Gerhana...

Sedar atau tidak...peristiwa gerhana semakin kerap berlaku..Esok dijangka akan berlakunya gerhana matahari separa.. Sebelum ini,pada malam tahun baru menjelang 2010 juga telah berlaku gerhana bulan.. Apakah maksud semua kejadian ini? Selain menunjukkan bukti kekuasaan Allah, ianya jelas menunjukkan bahawa dunia telah memasuki fasa akhir zaman. Ini bermakna kiamat sudah terlalu dekat dengan kita..

Kiamat sudah menghampiri, tetapi manusia semakin lalai.. Perbalahan, pembunuhan, kekacauan berada di sekeliling kita.. Adakah kita menyedari hakikat itu? Di dalam Al-Quran jelas menyatakan segala yang berkaitan dengan sikap manusia saat kiamat semakin hampir. Kita juga telah didedahkan dengan tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Mengapa masih ada yang lalai dan tidak menyedari hakikat ini? Sesungguhnya itulah hakikat kita digelar manusia yang sentiasa lupa dan lalai.

Teganya sang anak...

Ayah pengacau

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.


Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.


“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .


“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.


“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.


Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.


“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.


Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.


Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.


“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.


“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.


“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.


Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.


“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.

(Sumber: myMetro, Khamis, 14 Januari 2010)

Cinta Terakhir...Cinta sejati..atau Cinta Abadi..????

Siapa cinta terakhir anda? Siapa cinta sejati anda? dan.. siapa cinta abadi anda???
Mari kongsikan bersama saya...Sudah pasti anda mempunyai pelbagai jawapan dengan alasan tersendiri kan.. I'm sure it will be interesting if we share it together.. Apa sekali pun respon yang anda berikan, pastikan ianya tidak lari dari landasan sebenar..

Kepada siapakah anda sandarkan cinta terakhir, cinta sejati dan cinta abadi anda? Adakah anda rasa berbaloi atau terbalaskah cinta yang telah anda berikan kepadanya?
Apa yang anda dah korbankan untuk mendapatkan cintanya dan apa yang sanggup anda lakukan untuknya? Jom2..kongsikannya bersama saya..

Rabu, 13 Januari 2010

Salam Maal Hijrah..Azam anda??? Jom kongsi..

Salam Maal Hijrah utk anda semua...sedar atau tak, skrg kita dah masuk ke tahun baru hijrah 1431H.. Apa azam thn baru anda? Azam thn lepas pulak macam mana? Dah tercapai ke? Kalau belum, usahakan agar ianya tercapai..

Selain tu..saya juga nak ucapkan selamat thn baru 2010 utk anda semua.. Sudah pasti ibu bapa adalah golongan yang paling cbuk sebab anak-anak nak bersekolah semula.. bagi yg first time g skolah tu..bersiap sedia lah ye wahai parents sekalian...bersedialah dari fizikal dan mental untuk menghadapi karenah anak2 anda...diharap anda dapat menghadapinya dengan tenang dan sabar...

Ok..sempena tahun baru ni mari kita imbas kembali segala kenangan yang kita lalui xkira pahit atau manis.. kita sama-sama ambil iktibar dari apa yang telah terjadi..

Apa kata anda kongsikan segalanya di guestbook sy kat bawah sekali tu..enjoy ye..