CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 18 Mei 2010

BERBEZA BIJAKSANA

Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang oengayuh sampan. di tengah-tengah sungai, profesor bertanya : "Kau pandai menulis dan membaca?" "Tidak, saya buta huruf", jawab si pengayuh sampan. "Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."
Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi : "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?" "Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." "Kalau begitu kamu kehilangan lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."
Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor : "Tuan,apakah tuan pandai berenang?"
"Err, err saya tidak tahu," jawab profesor panik. "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


Pengajaran : Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita harus mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya....


*petikan daripada majalah SOLUSI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan