CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 20 Januari 2011

ENTAH APALAH YANG AKAN TERJADI....

Kadang kala kita rasa tertekan dengan apa yang kita hadapi sepanjang usia hidup kita. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Cepat atau lambat, pasti akan kita ketahui hikmah disebalik setiap yang berlaku.. Sebagai hamba Allah yang memegang amanah sebagai khalifah di muka bumi, diri ini tidak terlepas dari semua itu. Dugaan datang dan pergi silih berganti. Ada yang mudah, ada yang sukar sehingga kadang kala memancing rasa tertekan dalam diri. Bukan mudah untuk menghadapinya. Segalanya berlaku peringkat demi peringkat tanpa kita sedari. Pada akhirnya, ianya pasti mematangkan kita.

Dahulu, saat bersama teman-teman...Segalanya dirasakan mudah untuk dihadapi. Itulah indahnya hidup bersama demi memperjuangkan hak kepada yang menciptakan kita. Kini...segalanya berubah semenjak diri ini tidak sebumbung bersama mereka lagi. Perjuangan bagaikan sepi apabila harus mengorak langkah sendirian. Tidak semudah yang difikirkan apabila berjuang berjauhan dengan rakan seperjuangan. Diri ini seperti tidak kuat lagi untuk menghadapinya seorang diri. Kadang kala terdetik dalam hati agak mudah untuk melunakkan hati rakan-rakan sebaya lain serta orang lain berbanding keluarga sendiri. Mungkin kerana teman-teman lain sentiasa membantu dan sama-sama berjuang.

Keadaan sangat berbeza kini apabila yang perlu dibentuk adalah orang terdekat. Sakit, pedih, kecewa, sedih dan berbagai rasa yang dirasai. Suatu situasi yang bukan mudah untuk dihadapi. Ada yang berkata ianya mudah kerana mereka adalah dari kalangan keluarga sendiri. Tapi, ianya tak semudah yang disangkakan. Sakitnya rasa bila usaha untuk membentuk corak hidup Islam ketika di rumah tidak mendatangkan hasil. Entah apalah yang akan terjadi nanti. Adakah begini cara hidup mereka sebelum aku menginjakkan kaki menjadi penghuni tetap di rumah itu?

Mana perginya adab sopan yang telah digariskan??
Mana perginya hukum Allah yang harus ditegakkan??

Solat??? Ya..semuanya solat... Tapi mengapa seolah-olah tiada kesan hasil dari solat yang telah dilakukan?? Mengapa masih berpakaian yang tidak menyenangkan mata memandang walaupun sekadar di dalam rumah???

Mana perginya amalan hormat-menghormati sesama ahli keluarga??? Tua dan muda harus saling menghormati.. Menghargai satu sama lain.. Puas sudah teguran ku berikan namun... Ya..mungkin kerana akulah yang paling muda... dan segala nasihat serta teguran yang diberikan tidak dihiraukan. dilakukan secara berhikmah pun aku yang menjadi mangsa kembali...Entah apalah yang akan terjadi....

Ke mana hilangnya sikap bantu-membantu sesama keluarga??? Sedangkan sesama Islam pun kita wajib saling membantu apatah lagi sesama keluarga... Mengapa sekeras itu hati mereka?? Mengapa perlu bersikap terlalu mementingkan diri?? Entah apalah yang akan terjadi... Aku sendiri buntu memimkirkannya...

Kadang kala aku menangis sendirian. KepadaNya aku pinta diberikan ketenangan dan kesabaran..

Ke mana hilangnya tutur bicara yang penuh budi bahasa yang sopan??? tidak mudah ku dengar lagi kata-kata lembut bicara penuh hikmah ditelinga ini... Betapa sakitnya jiwa mendengarnya...entah apalah akan terjadi.... perlu ku rungkai semua masalah ini. hanya kepadaNya aku meluahkan rasa hati...Kalam sucinya jadi pengubat hati.. Kisah kekasihnya sebagai terapi... Hati yang ingin ketenangan itu dikecapi....

ENTAH APALAH YANG AKAN TERJADI? ENTAH BILALAH SEMUA INI AKAN BERHENTI? ENTAH BILA KEJAYAAN PERJUANGAN INI AKAN KU KECAPI?? HANYA DOA DAPAT KU POHON AGAR DIBERI KEKUATAN DARI ILLAHI....