10 Amalan Murah Rezeki…..
Anda semestinya mahu murah rezeki bukan? Tapi, bagaimana caranya nak dapatkan rezeki yang murah dan yang paling utama halal disisi Islam? Jom, ikuti 10 amalan yang akan membawa kepada rezeki yang murah…
1) Taubat/ Istighfar
-Seperti yang anda tahu, TAUBAT ialah meninggalkan segala perbuatan dosa, menyesali semua kemaksiatan yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
-ISTIGHFAR pula ialah “maminta ampun dengan ucapan dan perbuatan” (menurut Imam Raghib Al-Asfahani)
10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.
11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
12. "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
( Surah Nuh : 10-12)
2) Takwa
-
- Dalil yang mengatakan TAKWA sebagai amalan yang boleh mendatangkan murah rezeki ada pada ayat seribu dinar iaitu dari surah At-Talaq ayat 2-3. dalam ayat tersebut telah diterangkan bahawa ORANG YANG BERTAKWA AKAN DIBALAS DENGAN DUA PERKARA:
a) Allah akan memberikan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi.
b) Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak kita sangka.
3) Beribadah kepada Allah
-
a) Solat (solat dhuha,hajat)
b) Puasa
4) Silaturrahim
- Dalam hadis Nabi S.A.W, terdapat beberapa keterangan yang menunjukkan bahawa SILATURRAHIM adalah amalan yang membawa kepada murah rezeki. Diantaranya ialah :
-Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : “ Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahim.”
( Riwayat Bukhari )
5) Berinfaq di jalan Allah
- Infaq ialah memberi kemampuannya kepada orang yang memerlukan. Berinfaq di jalan Allah pula bermaksud memberi kemampuannya kepada orang yang memerlukan dengan niat yang ikhlas dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa keterangan/dalil yang menyatakan bahawa berinfaq di jalan Allah membawa kepada murah rezeki.
-“……dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah
6) Bersyukur
- Bersyukur juga akan menambah rezeki. Sesiapa yang bersyukur, Allah akan menambah kenikmatannya dan jika sebaliknya pula, Allah akan menyeksanya. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud :
“ ….jika kamu bersyukur, maka aku akan menambah nikmat kepadamu dan sekiranya kamu kufur atas nikmatKu, maka seksaKu amatlah pedih.”
7) Tawakkal
- Tawakkal juga adalah salah satu amalan yang boleh membawa kepada murah rezeki,sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Thalaq ayat 3 yang bermaksud:
“ …dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupi (keperluan)nya.”
Ayat tersebut memang sangat pendek tetapi ia mengandungi makna yang amat luas. Makna ‘mencukupi’ dalam ayat itu mengandungi semua perkara yang diperlukan oleh manusia.
8) Hijrah ke jalan Allah
- Hijrah ke jalan Allah dapat mendatangkan rezeki. Biasanya, orang yang berpindah itu mempunyai jiwa yang maju dan kreatif kerana mereka merasa tercabar. Oleh sebab itulah kebanyakan orang yang berjaya itu mahu berpindah dari tempat asal kelahirannya.
9) Memberi nafkah mereka yang menuntut ilmu syara’.
- Mmeberi nafkah kepada mereka yang menuntut ilmu syara’ termasuk dalam amalan yang dapat mendatangkan rezeki. Ini adalah kerana kesediaannya membantu mereka yang benar-benar belajar ilmu syara’ (ilmu agama).
10) Doa/Zikir dan Al-Quran
- Al-Quran dan hadis banyak memberi keterangan yang memerintahkan agar manusia sentiasa berdoa dan berzikir. Firman Allah “…berdoalah kepadaKU nescaya Aku akan memenuhi (permintaanmu)..” (Surah Al-Mu’min: 60). Dalam hadis juga turut diterangkan mengenai doa “Doa adalah inti ibadah.” (Riwayat At-Tirmidzi).
Segala kekurangan dalam menyampaikan apa yang terkandung ini harap dapat dimaafkan dan sekiranya inginkan penjelasan yang lebih lanjut dan terperinci sudi-sudikanlah menghantar emel : sharifahnoorhaliza@yahoo.com


Tiada ulasan:
Catat Ulasan