CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 18 April 2009

Pemuda Palestin ditembak

RAMALLAH - Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh anggota-anggota pihak berkuasa Israel semalam dalam satu tunjuk perasaan di Tebing Barat, kata seorang jurucakap tentera.

Pemuda itu, Bassam Ibrahim, 30, meninggal dunia di Hospital Ramallah akibat kecederaan teruk yang dialami selepas ditembak ketika menyertai tunjuk perasaan dekat Bilin.

Jurucakap tentera Israel itu menyatakan pengawal sempadan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah kepada 100 orang kumpulan tunjuk perasaan yang hanya membaling batu ke arah mereka.

Menurutnya, pihak tentera memberitahu bahawa pemuda Palestin berusia 30 tahun itu meninggal dunia di Ramallah.

Beliau berkata, satu siasatan bersama antara kerajaan Zionis dengan Palestin akan dilakukan bagi mengetahui punca kejadian sebenar kematiannya.

Pergerakan Solidariti Penyokong Palestin Antarabangsa berkata, pemuda itu maut ditembak dengan gas pemedih mata dan menjadi orang ke-18 yang maut berikutan tunjuk perasaan menentang pembinaan Tembok Pemisah.

Rakyat Palestin dan aktivis asing yang sering melakukan bantahan di Bilin berdekatan Nilin menentang pembinaan tembok sempadan dan hanya bertindak membaling batu kepada tentera rejim Zionis yang menggunakan gas pemedih dan peluru getah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan