Sekarang, masyarakat di seluruh dunia sedang heboh memperkatakan tentang satu lagi wabak baru iaitu Influenza A atau H1N1 atau sinonim dengan nama selsema babi. Sama ada kita sedar atau tidak, pelbagai wabak telah melanda seluruh dunia sejak bertahun-tahun dahulu seperti JE dan sebagainya. Sedarkah anda bahawa kebanyakan wabak-wabak ini adalah berpunca daripada babi?
Tetapi, nama-nama saintifik yang digunakan telah mengaburi mata masyarakat hakikat sebenar wabak yang melanda dunia. Mengapa harus berselindung disebalik hakikat sebenar? Masyarakat harus diberi pendedahan agar kesedaran timbul dalam diri mereka dan mereka akan lebih berhati-hati dalam kehidupan. Sudah jelas terbukti bahawa wabak yang melanda dunia pada masa kini berpunca dari babi, mengapa masih ada pihak yang masih dengan sikap degil mereka untuk menternak malah menjual daging binatang tersebut secara terbuka?
Sama-sama kita renungkan dan fikirkan.
Sabtu, 27 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan