ISLAM...besar maknanya bagi orang yang tahu apa makna sebenar Islam itu sendiri... Tapi kini...apa yang terjadi??
Adakah kita ini Islam atas dasar keturunan semata-mata atau wujud penghayatan hidup Islam di dalam hati kita??
Umat Islam kini memang dalam kad pengenalannya tertulis dengan jelas perkataan ISLAM sebagai agama mereka..tapi, sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam itu sendiri?
Umat Islam sekarang dapat kita bahagikan kepada dua kelompok utama:
1) Islam dan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.
2) Islam tapi hanya sekadar pada nama.
kelompok kedua inilah yang lebih ramai pada masa kini. Inilah realitinya. Kenyataan ini memang agak memeranjatkan apabila anda mendengar sendiri pengakuan anak-anak di sekolah-sekolah. Masing-masing mengaku bahawa mereka tidak tahu bagaimana mengerjakan solat, tidak pernah menunaikan solat, tidak pernah dititik beratkan tentang solat ketika di rumah.. Inikah generasi yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang??
SOLAT...perkara paling penting...SOLAT ITU TIANG AGAMA... sedangkan perkara paling utama dalam Islam pun sudah diabaikan, apatah lagi yang lain-lainnya.. banyak perkara yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini...InsyaAllah akan diceritakan pada post yang akan datang...
Khamis, 7 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan